Back to Recipe Print

Recipe for "Udang Goreng Kunyit"


Tips

Buah strawberri sekadar hiasan tambahan untuk sedikit rasa masam manis.

Saya suka udang digoreng separuh masak terlebih dahulu. Kalau tak nak pun takpa boleh ja masukkan udang semasa menumis.

Boleh masukkan sedikit daun kari untuk lebih wangi.

Ingredients

Udang 10-12 ekor
Serbuk Kunyit Sedikit
Bawang Besar (Dipotong Bulat) 1 ulas
Bawang Putih (Diketuk) 2 ulas
Sos Tomato Sedikit
Garam Secubit

Instructions

1

Basuh udang bersih tanpa buang kulit dan kepala. Perisakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

2

Goreng udang separuh masak, angkat dan ketepikan.

3

Tumiskan bawang besar, bawang putih. Boleh masukkan cili juga sekiranya nak rasa sedikit pedas.

4

Setelah sedikit layu masukkan kunyit, tumis seketika. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Kacau sebati dan masukkan udang.

5

Perisakan dengan sedikit garam masak sehingga udang masak dengan sempurna. Tutup api dan boleh dihidangkan.