Jagung | 5 tongkol atau 2 tin jagung |
Santan Kelapa | 1 mangkuk |
Labu Kuning ( Dipotong Dadu ) | 1/4 |
Biji Sagu ( Direndam) | 2 sudu besar |
Gula | 1 cawan |
Garam | 1sudu kecil |
Parut atau hiris semua jagung dan masukkan kedalam periuk.Masukkan santan dan gula, kacau perlahan hingga mendidih.
Lepas itu letakkan garam satu sudu kecil, rasa lemak masin dan manisnya.
Apabila jagung sudah masak masukkan pula labu dan juga biji sagu yang direndam tadi.
Apabila labu dah empuk boleh ditutup apinya. Siap untuk dihidang, sesuai dimakan semasa suam atau sejuk.l