Back to Recipe Print

Recipe for "Mini Keria Gula Melaka"


Tips

sesuai menggunakan keledek kuning, putih dan purple. Kalau guna putih lagi elok kerana yang berwarna akan melekit sedikit berbanding yang putih.

Ingredients

Keledek 500gm
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Melaka 200gm
Gula 1 sudu
Garam 1 sudu
Minyak Untuk Menggoreng Penuh untuk deep fry

Instructions

1

Rebus keledek sehingga empuk, campur sedikit garam, bila dah empuk toskan dan lenyek.

2

Keledek di sebatikan dengan tepung gandum.

3

Bulatkan seperti donut.

4

Goreng secara deep fry untuk mendapatkan gorengan yang sempurna.

5

Ketepikan.

6

Dalam kuali berasingan masukkan gula melaka, gula dan sedikit air, biarkan larut.

7

Masukkan keria yang telah dibentuk dalam kuali gula melaka, kaup balikkan sehingga sebati larutan
sedia untuk dihidangkan.