Back to Recipe Print

Recipe for "Hati Ayam Masak Kicap Lada Hitam"


Tips

Nak bagi lebih terangkat boleh titikkan sebatang serai dan masukkan sehelai daun limau purut. Selain itu boleh campurkan hati ayam ini bersama jantung ataupun pedal (ikut selera anda). Selain itu, anda juga boleh masukkan kacang panjang ataupun kubis bunga untuk menambahkan variasi dalam masakan anda. :)

Ingredients

Hati Ayam Semangkuk
Bawang Kecil Seulas
Bawang Putih Dua ulas
Lobak Merah 1/2 mangkuk
Sos Tiram 2 sudu makan
Sos Cili 3 sudu makan
Kicap Manis 4 sudu makan
Sos Lada Hitam 1 sudu makan
Kiub Ayam 1/4 bahagian sahaja
Minyak Untuk Menumis Secukupnya

Instructions

1

Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.

2

Masukkan bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris halus. Goreng sehingga naik bau.

3

Kemudian,masukkan pula sos tiram, sos cili, kicap dan sos lada hitam. Gaul rata. Biarkan seketika sehingga pecah minyak.

4

Tuan dan Puan boleh masukkan hati ayam yang telah dicuci bersih tadi. Kacau rata dan masukkan pula kiub pati ayam. Kacau rata.

5

Jangan lupa masukkan pula lobak merah. Kacau lagi sehingga lobak itu empuk.

6

Akhir sekali sesuaikan rasa hidangan ini mengikut selera anda. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba :)