Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Masak Lemak Cili Api"


Tips

Boleh juga masak menggunakan telur itik dan lebih sedap kerana telur itik tidak mudah pecah seperti telur ayam :)

Ingredients

Telur Ayam 4 biji
Bawang Merah 1/2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Padi 5 biji
Santan 1 cawan
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Kacang Buncis Segenggam
Kiub Pati Ayam 1/4 kiub
Garam Secubit
Asam Keping 1 keping

Instructions

1

Kisar halus bawang merah, bawang putih, dan cili padi.

2

Masukkan santan di dalam periuk dan masukkan bahan kisaran tadi bersama dengan sesudu kecil serbuk kunyit. Kacau supaya semuanya sebati.

3

Buka api dapur dan masukkan secawan air. Masukkan kiub ayam dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan kacau rata.

4

Masukkan telur yang telah dipecahkan dalam mangkuk satu per satu. Biarkan seketika supaya telur masak dan kemudian baru kacau perlahan.

5

Setelah telur telah masak, boleh masukkan kacang buncis. Perasakan dengan garam secubit. Gaul rata dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan.