Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Gula Hangus"


Tips

Potong ditengah2 kek untuk kek kelihantan cantik bersarang

Jika suka manis boleh lebihkan susu pekat. Resipi ini manis2 biasa sahaja.

Ingredients

Gula 1 1/2 cawan
Tepung Gandum 2 cawan
Susu Pekat 1 1/2 cawan
Telur 6 biji (c)
Mentega 50 gm
Esen Vanila 1 sk
Air Panas 1 1/2 cawan
Sodium Bikarbonat 1 sk
Baking Powder 1 sk

Instructions

1

Panaskan periuk, masukkan gula dan biarkan cair (gula hangus)
* Jangan kacau sehinggalah ia benar2 cair takut nanti melekat gula pada senduk

2

Tutup api, masukkan air panas (berhati-hati takut meletup-letup)

3

Masukkan mentega dan biarkan sejuk

4

Pukul 6 biji telur hingga kembang

5

Ayak tepung gandum bersama sodium bicarb dan baking powder

6

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam telur yang telah dipukul tadi kaup balik hingga sebati

7

Kemudian masukkan gula hangus ke dalam bancuhan tepung
Masukkan esen vanila gaul lagi

8

Dalam loyang pembakar lengserkan mentega/marjerin
Masukkan adunan dalam loyang

9

Bakar dalam oven selama 40 minit (160'C) atau ikut tahap kepanasan oven masing-masing