Back to Recipe Print

Recipe for "Pulut Kuning"


Tips

Untuk mewangikan pulut boleh letak daun pandan ke dalam kukusan beras semasa kukus untuk kali kedua

Ingredients

Beras Pulut 1 kg
Santan Pekat 2 cawan
Serbuk Kunyit 1 sudu makan
Garam 1 sudu
Gula 2 sudu makan
Asam Keping 1 keping

Instructions

1

Cuci beras pulut.

2

Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping sekurang-kurangnya 3 jam.

3

Panaskan pengukus

4

Toskan beras pulut dan kukus selama 30 minit

5

Satukan santan, garam dan gula kacau sehingga sebati

6

Selepas 30 minit keluarkan pulut dan masukkan dalam bekas besar, gaul sebati santan yang telah dicampur dengan garam dan gula

7

Gaul sehingga nampak berkilat

8

Sesudah sebati, masukkan kembali pulut yang telah digaul dengan santan ke dalam pengukus. Kukus lagi dalam 20 minit

9

Setelah 20 minit/masak keluarkan dan boleh dihidangkan