Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Ayam Masak Merah"


Tips

Resepi nasi memang berbeza dengan resepi nasi minyak. 100% resepi Nasi Ayam.

Ingredients

Bahan Untuk Nasi Ayam
Beras (Basuh Bersih Dan Toskan) 1 kg
Halia 2 inch
Bawang Putih 5 ulas
Daun Pandan Sehelai
Serbuk Nasi Goreng Cina Adabi (Boleh Ganti 2 Kiub Ayam) 1 paket kecil
Marjerin 1 senduk nasi
Minyak Masak 1/2 senduk nasi
Garam 1 sudu kecil
Pewarna Kuning 1/2 sudu kecil
Air Secukupnya
Bahan Sup
Minyak 2 sudu
Perencah Sup Adabi 4 sudu
Tulang Ayam 1 mangkuk
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inch
Asam Keping 1 keping
Garam, Gula & Pasti Sedap Secukup rasa
Air Secukupnya
Bahan Ayam Masak Merah
Ayam (Potong Dan Bersihkan) 1 ekor
Garam, Gula Dan Pasti Sedap Secukup rasa
Serbuk Kunyit 1 sudu
Minyak 500 gm
Lada Kering (Rendam Hingga Lembut) Segenggam
Bawang Besar 4 biji
Bawang Putih 3 ulas
Air Secukupnya
Cili Sos 5 sudu
Tomato Sos 4 sudu
Sos Tiram 3 sudu
Asam Keping 2 keping
Bahan Sampingan Lain
Daun Salad 1 pokok
Timun Sebatang
Daun Sup 1 pokok

Instructions

Cara masak nasi ayam

1

Blender bawang putih dan halia dengan sedikit air. Panaskan marjerin dan minyak. Tumis bahan blender dan daun pandan sampai wangi.

2

Masukkan beras, serbuk nasi goreng ayam adabi dan garam. Kacau rata. Masukkan air sukat macam masak nasi biasa.

3

Masukkan pewarna. Kacau rata, buka api perlahan dan biar sampai masak. Selepas 10 minit boleh dikacau. Atau masukkan dalam rice cooker. Siap.

Cara masak sup

1

Cincang halus bawang putih dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan cincang sampai naik bau.

2

Masukkan tulang ayam dan perencah sup. Kacau sampai perencah sup garing. Masukkan air.

3

Perasakan dgn garam dan pasti sedap. Masuk asam keping. Biar mendidih, tutup api.

Cara masak ayam masak merah

1

Perap ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng separuh garing.

2

Blend lada kering, bawang besar dan bawang putih. Guna minyak goreng ayam tadi, tumis bahan blend sampai garing.

3

Masukkan semua sos, asam keping dan perasakan garam, gula dan pasti sedap. Kalau kering boleh tambah sikit air. Masukkan ayam goreng td. Kacau rata.

4

Hidangkan nasi ayam, sup yg ditabur daun sup hiris, ayam masak merah dan hirisan salad timun. Siap.