Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Masalavadeii"


Tips

Kacang dal hendaklah direndam sehingga ia benar2 kembang dan boleh dikisar.

Ingredients

Kacang Dal (Direndam Selama 4 Jam) 500gram
Cili Kering 5 biji
Bawang Besar (Dihiris Nipis) 4 biji
Cili Padi (Dipotong Kecil) 5 biji
Daun Kari Setangkai (ada dalam 20 daun)
Tepung Gandum Ikut keadaan kacang
Serbuk Kari Ayam 2 sudu besar
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Toskan kacang dal yang telah direndam tadi. Pastikan ia tidak keras macam batu ya.

2

Ambil separuh daripada kacang dal tadi. Kisar guna pengisar biasa. Masukkan air, janji ia boleh diputar sahaja. Jgn banyak.

3

Selepas dikisar, masukkan ke dalam satu bekas.

4

Masukkan semua bahan. Pastikan semua bahan telah dipotong kecil kecuali daun kari

5

Masukkan juga kacang dal yang tidak dikisar tadi. Gaul rata semua bahan.

6

Rasa macam lembik kan? Nah sekarang Masukkan tepung gandum. Jangan banyak. Sekadar ia boleh diuli menjadi kepingan2. Lagi nipis lagi sedap.

7

Dah siap semuanya.. barulah digoreng dalam minyak yang panas. Api jgn besar sgt tau. Balik balikkan dia sehingga warna keemasan. Bolehla ditoskan.