Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Caramel Simple"


Tips

*Jangan bagi gula terlalu hangus kerana akan menjadi pahit

*jangan banyak sangat air kerana puding akan lembik

*Gunakan api yang kecil untuk bagi semua bahagian puding masak sama rata

Ingredients

Telur Ayam 5 biji
Susu Pekat 1 tin
Air 3/4 sukatan tin
Esen Vanila 2 sudu besar
Gula Kastor 1/2 cawan

Instructions

1

Ambil loyang bulat, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil

2

Ratakan gula di dalam loyang dan letak di atas api perlahan. Apabila semua gula cair dan bewarna keemasan, tutup api dan biarkan sejuk

3

Jangan biarkan gula terlalu lama di atas api sehingga coklat gelap sebab nanti akan jadi pahit

4

Sementara itu, di mangkuk yang berasingan, pecahkan 5 biji telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kesemua telur hancur. Pukul selama 1 minit

5

Setelah itu, masukkan 1 tin susu pekat. Kacau perlahan

6

Kemudian, masukkan 3/4 air ke dalam tin dan masukkan ke dalam campuran telur dan susu pekat tadi

7

Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau lagi

8

Tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang telah disejukkan (toskan guna penapis)

9

Kemudian kukus di atas api sederhana selama 20-25 minit. Tutup kan loyang dengan penutup kukus

10

Setelah siap, boleh la disejukkan sebelum dihidangkan.