Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Ikan Merah Dan Kambas"


Tips

Tip untuk kurangkan pahit peria/kambas selepas dipotong hendaklah direndam & ramas2 dengan air garam.
Penggunaan buah tomato adalah sebagai pengganti asam keping

Ingredients

Ikam Merah 2 keping
Kunyit Hidup* 1/2 inci
Cili Api* 20 biji
Kambas/peria (Potong Ikut Suka) 1 biji
Petai Segenggam
Tomato (Belah 4) 1 biji
Santan 500 ml

Instructions

1

Tumbuk lumat bahan yg bertanda * bersama 1 sudu besar garam

2

Masukkan ikan dlm kuali
Terus gaul2kan dgn bhn yg ditumbuk lumat tadi

3

Masukkan santan
Selepas itu terus masukkan kambas/peria tadi

4

Bila kuah menggelegak barulah masukkan petai dan tomato

5

Masukkan sedikit garam secukup rasa

6

Bila kambas/peria dah empuk terus padamkan api