Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Polkadot Super Gebu"


Tips

Letak ovellate 1 sudu besar utk dpt apam yang gebu dan yg penting letak akhir sekali. Semasa memasak api jangan terlalu besar kerana boleh menyebabkan apam merekah.

Ingredients

Gula 110g
Telur 2biji
Tepung Gandum 150g
Baking Powder 1 sudu kecil
Susu Cair 75ml
Essence Vanilla 1 sudu kecil
Ovellate 1 sudu besar
Filling Strawberry, blueberry, kaya

Instructions

1

Pukul telur dan gula sehingga kembang berwarna cerah.

2

Masukkan tepung yg sudah di campur dgn baking powder dan diselang seli dgn susu cair.

3

Masukkan essence vanilla dan akhir sekali ovellate. Pukul sehingga kembang dan berwarna putih.

4

Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan.

5

Dgn menggunakan piping bag, picit adunan kedlm paper cup 1/3 kemudian filling dan picit semula adunan. Dgn menggunakan warna lain buat dot2 diatasnya.

6

Ulangi langkah berikut sampai habis adunan.

7

Kukus adunan dgn api yg sederhana selama 15min. Sebelum masak pastikan pengukus dipanaskan dahulu.