Back to Recipe Print

Recipe for "Resepi Talam Tokyo"


Tips

Loyang dialas plastik dan sapukan sedikit minyak.
Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

Ingredients

Bahan Utk Lapisan Bawah (Loyang 10X10X2")
Sago Kecil Warna Putih 300 gm
Sohoon 60 gm
Kelapa Parut Putih 100 gm
Santan Pekat 100 ml
Air 300 ml
Garam 1 sudu kecil
*saya Tambah Sirap Ros 2 sudu besar
Bahan Utk Lapisan Atas
Telur 4 biji
Gula Pasir 300 gm
Santan Pekat 400 ml
400 Ml Air +3 Helai Daun Pandan (Blender Dan Tapiskan) Saya guna esen pandan 2 sudu kecil
100 Gm Tepung Kastard Saya guna 50g t.kastard + 50g tpg hong kew hijau
Pewarna Hijau Sedikit
1/8 Sudu Kecil Alkaline [email protected] Abu Saya guna 1 sudu kecil air kapur
Garam 1/2 sudu kecil

Instructions

Lapisan Bawah

1

Cuci sago, rendam 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dngn air suam 30 minit, toskan dan potong kecil2.

2

Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah disapu minyak. Saya alas plastik dan sapukan sedikit minyak.

3

Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan sama rata.

Lapisan Atas

1

Campurkan semua bahan dan blend sebati.

2

Tapiskan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.

3

Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

4

Padamkan api dan angkat kuih setelah masak.
Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.