Back to Recipe Print

Recipe for "Buah Melaka @ Onde Onde"


Tips

Gunakan gula kabong original untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Ingredients

Tepung Pulut 1 cawan
Tepung Beras 1 sudu besar
Daun Pandan 7 helai
Gula Kabong / Gula Melaka 1 buku
Kelapa Parut 1 cawan
Pewarna Merah Dan Hijau Sedikit sahaja
Garam 1 sudu kecil

Instructions

1

Didihkan air di dalam periuk yang sederhana besar.

2

Kemudian kisar daun pandan bersama sedikit air, kisar hingga betul-betul lumat dan tapis airnya.

3

Masukkan air tapisan daun pandan ke dalam tepung pulut dan campurkan tepung beras, gaulkan sebati sehingga boleh dibuat bentuk.

4

Kemudian, potong gula kabong menjadi kiub-kiub kecil, dan sumbatkan ke dalam bulat-bulat onde-onde.

5

Terus masukkan onde-onde ke dalam periuk yang sudah mendidih, tunggu sehingga onde-onde timbul.

6

Kemudian diangkat dan di letakkan ke dalam bekas kelapa yang telah dimasukkan garam. Gaul dan sedia untuk dihidang.