Back to Recipe Print

Recipe for "Mudahnya Membuat Jem Epal"


Tips

Jika mahu kurangkan manis, boleh dikurangkan gula halus dan gunakan gula perang sepenuhnya.

Ingredients

Epal Hijau 2kg
Epal Merah 1kg
Gula Perang 500gm
Gula Halus 500gm
Perahan Lemon 3 sudu besar (boleh kurangkan sekiranya tidak suka terlalu masam)
Serbuk Kayu Manis 2 sudu kecil
Air 300ml
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Instructions

1

Bersihkan semua epal dan buangkan kulit serta biji. Potong dadu besar.

2

Didihkan air, kemudian masukkan semua epal kedalamnya. Perlu diingat epal merah akan mudah hancur manakala epal hijau sedikit lambat untuk empuk.

3

Masukkan gula perang dan gula halus, kacau sebati. Perlahankan api supaya epal tidak hangus bersama gula.

4

Masukkan esen vanilla, perahan lemon dan serbuk kulit kayu manis dan terus kacau supaya semuanya sebati.

5

Jika mahukan epal yang masih tidak berapa hancur, boleh terus kacaukan secara lembut.

6

Tetapi jika mahukan tekstur yang super lembut, boleh keluarkan semua epal dan kisar halus. Kemudian tuang kembali ke dalam periuk dan masak semula.

7

Jika semuanya sudah bertukar warna ke perang-perangan. Bolehlah diletakkan ke dalam balang, jangan tutup balang sehingga ianya betul-betul sejuk.

8

Boleh digunakan sebagai jem untuk dimakan bersama scone, roti malah boleh dijadikan inti pai.