Back to Recipe Print

Recipe for "Cheese Sosej Roll Bersalut Nestum"


Tips

pastikan balutan telur tadi rata dan menutupi roti kerana kalau tidak rata, risau cheese akan meleh keluar apabila di goreng nanti..

Ingredients

Roti Gardenia 4 keping
Cheese 4 keping
Nestum / Bread Crumb 2 senduk
Telur Ayam 2 biji
Lada Sulah 1/4 sudu
Hot Dog / Stick Crab 4 ketul
Garam Dan Gula Sedikit

Instructions

1

Mula-mula lenyekkan roti dengan kayu penggiling ..

2

Letakkan Cheese diatas roti yang telah dilenyek tadi..

3

Letak Sosej.. kalau rajin rebus dulu sosej tu utnuk bagi rasa sosej tu lembut ...Tapi kalau tak rebus pun tak apa..

4

Gulung roti yang berisi sosej tadi..

5

Pukul telur 2 biji, letak garam serta lada sulah sikit.. Golek-golekkan roti tadi dalam mangkuk yang berisi telur ini..

6

Kemudian guling-gulingkan roti bersalut telur tadi didalam Nestum / bread crumb.. ratakan betul-betul untuk nampak cantik bila digoreng nanti.

7

Goreng sambil balik balikkan ia kerana sosej yang telah bersalut Nestum ini cepat garing.. jangan rentung pulak, nanti pahit rasanya..

8

Tadaa... dah siap pun.. boleh lah dihidangkan..

9

Macam ni rupa Cheese Sosej Roll yang didalamnya.. nyumm.. nyumm.. nampak sedap kan..

10

Cadangan hidangan.. makan bersama mushroom sup.. memang sedap!