Back to Recipe Print

Recipe for "Shushi"


Tips

boleh dimakan semasa panas dan sejuk

Ingredients

Beras Short Grain/beras Jepun 3 cawan
Rumpai Laut/seaweed 6 keping
Sosej 5 batang
Mentega/buter/minyak Masak 2 sudu besar
Minyak Bijan 2 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Timun Jepun/timun Biasa 1 batang
Lobak Merah 1 batang
Air 1 cawan
Telur 2 biji
Bahan Lain

Instructions

1

Masak nasi tiga cawan seperti biasa tetapi lebihkan air dan masukkan sedikit garam

2

Sementara tunggu beras masak goreng telur dadar, dan sosej

3

Kupas kulit lobak merah.

4

Selepas itu, potong memanjang timun jepun, lobak merah, telur dadar dan sosej.

5

Setelah nasi hampir masak masukkan minyak bijan sedikit untuk menaikkan aruma nasi tersebut.

6

Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat keatasnya dan letak rumpai laut/seaweed ke atasnya.

7

Seterusnya, setelah nasi masak letak nasi tersebut keatas rumpai laut dan ratakan nasi tersebut kalau nasi tu lembek senang sikit nak ratakan.

8

Ambil timun jepun, telur dadar, lobak merah, serta sosej yang sudah di potong pastikan letak di hujung sekali supaya senang untuk di scrollkan

9

Pastikan gulung perlahan-lahan sambil menekan supaya ia nampak mampat.

10

Setelah selesai gulung ia akan kelihatan panjang dan potong mengikut setengah ibu jari atau ikut suka hati.

11

Bila dah siap boleh dihidangkan.