Back to Recipe Print

Recipe for "Cinnamon Bites"


Tips

Untuk dapatkan doh dan roti yang lembut, rajin menguli dengan lebih lama!

Ingredients

Bahan-Bahan Cinnamon Bites
Tepung Gandum 3-4 cawan
Yis 1 paket yis mauripan
Air Suam 1/2 cawan
Susu Segar 1/2 cawan
Butter 1/4 cawan
Gula Halus 1/4 cawan
Telur 1 biji
Garam 1 sudu kecil
Bahan-Bahan Sos Cinnamon ( Sos Kayu Manis)
Butter 1/4 cawan
Susu Segar 1/4 cawan
Gula Perang 3/4 cawan
Serbuk Kayu Manis 1 sudu besar

Instructions

1

Masukkan yis ke dalam air suam. Asingkan.

2

Kemudian, Siapkan sosnya dahulu kerana sosnya perlu dalam keadaan sejuk. Cairkan butter di periuk dengan api sederhana,kemudian masukkan gula perang.

3

Kacau sehingga gula gancur kemudian masukkan susu segar dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan biarkan hingga betul-betul mendidih (berbuih).

4

Kemudian padamkan api dan sejukkan. Dalam bekas yang berasingan, masukkan butter, susu segar, gula dan garam, adun sebati.

5

Kemudian masukkan telur dan mula mengacau menggunakan whisk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi berderai.

6

Kemudian, menggunakan tangan masukkan air suam beserta yis tadi dalam adunan ini. Mula kan menguli perlahan-lahan sehingga menjadi doh.

7

Sekiranya cair, tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Untuk mendapatkan doh yang betul, doh tersebut sudah tidak melekat di jari.

8

Kemudian, biarkan doh sebentar lebih kurang 1o minit, biasanya doh akan naik sedikit. (Jangan letak di tempat sejuk, biarkan dalam suhu bilik).

9

Selepas itu, gulungkan doh dan potong seperti bantal atau kiub lebih kurang 1 inci. Celupkan ke dalam sos dan terus letak di atas dulang pembakar.

10

Bakar dengan suhu 180' pada masa lebih kurang 20-30 minit. Selepas masak, tuangkan lagi sos ke atasnya. Sesuai dihidang bersama ais krim vanilla