Back to Recipe Print

Recipe for "No-Cook Chocolate Pudding! "


Tips

#izzytips :
1. Seperti biasa, sukatan #izzymeals adalah flexible dan anda bebas mengubahnya mengikut kesukaan anda untuk mendapat tekstur puding yg digemari. Jika mahukan tekstur yang lebih pekat, anda boleh mengurangkan santan dan tambahkan kuantiti liquid jika mahukan pudding yang lebih ringan.

2. Anda boleh menggunakan susu penuh krim jika tidak mempunyai santan sawit. Whipping cream juga boleh digunakan sebagai alternatif, namun harus diingat bahawa krim agak "berat", jadi pilihlah liquid yang sesuai dengan citarasa anda :)

Ingredients

Avocado Masak Ranum (Kulit Sudah Hijau Gelap-Coklat) - Dibelah Dua Dan Diambil Isinya 1 biji
Serbuk Koko (Boleh Digantikan Dengan Serbuk Hot Chocolate Buat Anak-Anak) 1/4 cawan
Madu Asli (Natural Honey) 3-4 sudu besar
Santan Sawit (Saya Gunakan Santan Wangi Salwa) 1/4 cawan
Vanilla Sedikit

Instructions

1

Masukkan kelima-lima bahan di atas ke dalam blender. Zasss sehingga semuanya bercampur mesra.

2

Scrape down the inside of the blender untuk pastikan semuanya diblend sekata. Teruskan blend sehingga halus.

3

Tuangkan ke dalam bekas seperti cawan/mangkuk comel untuk dihidang.

4

Optional : anda juga boleh menapis puding sebelum memasukkannya ke dalam bekas untuk memastikan tiada ketulan yang tidak hancur sewaktu dikisar.

5

Tambahkan perasa tambahan dan dekorasi 'sprinkles' menarik seperti peanut butter, taburan coklat wafer - apa saja yang anda gemari! Enjoy :)