Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Bawal Putih Resepi Tradisi Bonda"


Tips

- Boleh juga gunakan ikan bawal hitam, ikan merah atau ikan kembung dll. Ikut pada kesukaan masing- masing.

- Kari ini jika dibiarkan semalaman akan bertambah sedap. Selain dimakan dengan nasi, kari ini juga sesuai dicecah bersama roti putih atau roti jala.

- Boleh tambah bendi atau terung dalam kari anda untuk lebih kaw :)

Ingredients

Ikan Bawal Putih (Dipotong 2) 2 ekor
Daun Kari 1-2 tangkai
Bawang Merah Kecil 10 ulas
Bawang Putih 3-4 ulas
Halia 1 inci
Biji Sawi 1 sudu kecil
Rempah Kari Ikan 1 sudu besar
Serbuk Cili 1 sudu besar- boleh kurangkan jika tak suka pedas
Asam Jawa Adabi 1/3 sudu kecil
Santan (Sy Guna Santan Kotak Kecil Sahaja) 1/2 kotak
Air Mengikut kesesuaian
Tomato (Dipotong) 1 biji
Cili Hijau (Optional) 2 biji
Minyak Untuk Menumis Secukupnya

Instructions

1

Blendkan bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar ini bersama daun kari sehingga naik bau. Kacau rata.

2

Masukkan rempah kari ikan, serbuk cili, biji sawi, garam dan sedikit gula. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.

3

Setelah pecah minyak, masukkan ikan ke dalam periuk. Tambahkan air mengikut kesesuaian untuk dibuat kuah kari. Biarkan kuah menggelegak.

4

Setelah kuah mula menggelegak, masukkan santan, cili dan tomato. Biarkan ikan dan kuah masak. Rasakan masam dan masin mengikut citarasa anda.

5

Sedia untuk dihidang. :)
Jangan biarkan kari anda menggelegak terlalu lama, dikhuatiri ikan akan menjadi terlalu lembut dan pecah.