Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Kismis"


Tips

Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum adunan dibakar. Sapu marjerin di atas adunan untuk rasa yang lebih mengancam! Enak dimakan bersama sos kastard.

Ingredients

Roti 10 keping
Susu Segar 500 ml
Kismis 200 g
Telur 2 biji
Esen Vanilla 1 sudu teh
Gula 4 sudu besar
Butter 3 susu besar

Instructions

1

Satukan bahan-bahan seperti susu segar, gula, essen vanilla, dan telur. Pukul sehingga ramuan sebati. Tambahkan butter yang telah dicairkan.

2

Koyak roti dan dimasukkan ke dalam bahan yang telah disebatikan sebentar tadi. Kaup dan pastikan semua roti terendam dan direhatkan sebentar.

3

Sekiranya terlalu banyak lebihan cecair digalakkan untuk menambah 2-3 kepingan roti.

4

Masukkan kismis dan digaul rata. Adunan diratakan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin. Tabur kismis di atas adunan sebelum dibakar.

5

Bakar pada suhu 180 calcius selama 30-40 minit (bergantung kepada oven anda)

6

Siap untuk dinikmati. :)