Back to Recipe Print

Recipe for "Brunch Bread Pudding "


Tips

1. Izyan gunakan lebihan roti loaf di rumah yang dipotong sendiri (sebab tu je leftover roti yang ade teeheehee), tapi jika anda ada apa-apa jenis roti pun samada potato buns, dinner rolls, wholewheat loaf, semua pun boleh pakai! Janji roti tak dibazirkan :)

2. Lebih enak kalau campurkan susu dengan cream berbanding susu semata-mata untuk rendaman custard.

3. Roti yang lama adalah lebih baik dari roti yang segar kerana roti yang lama lebih kering - jadi ia boleh menyerap lebih banyak custard dari roti segar.

Ingredients

Roti Berketebalan 1 Inci (Bersamaan Dengan 8 Keping Roti Biasa) 4 keping
Susu Full Cream 2 cawan
Gula Perang Lembut 1/2 cawan
Gula Putih 1/8 cawan
Telur Gred A 3 biji
Garam Kasar Sedikit
Vanilla Sedikit
Kismis Sedikit
Kepingan Badam (Almond Flakes) Sedikit

Instructions

1

Potong roti mengikut bentuk kesukaan anda dan aturkan roti secara rata di dalam sebuah talam/pinggan.

2

Biarkan seketika untuk mendedahkan roti kepada udara agar ia sedikit kering (boleh tutup dengan tudung saji untuk mengelakkan roti dihinggapi lalat).

3

Bila roti kering, ia boleh menyerap campuran custard dengan lebih baik = pudding roti anda lebih lembap dan sedap!

4

Campurkan susu, gula perang, gula putih, garam & vanilla di dlm sebiji mangkuk kemudian pukul telur di dlm mangkuk berlainan hingga kembang & sebati.

5

Masukkan ke dalam campuran susu tadi dan whisk rata supaya gula juga menjadi agak hancur.

6

Tuangkan campuran susu tadi ke atas roti dan pastikan semua permukaan roti dilitupi campuran susu.

7

Biarkan dalam 15 minit - haa, waktu ni boleh dimanfaatkan utk preheat oven pd suhu 190C & cuci pinggan mangkuk yg digunakan utk prepare roti ni td :-)

8

Aturkan roti yg dah direndam dlm campuran susu td ke dlm loyang pembakar.

9

Aturkan roti sedikit demi sedikit & masukkan kismis in between the bread.

10

Penuhkan loyang pembakar dgn roti & tuangkan baki campuran susu ke atas roti (kalau ada lebihan)

11

Taburkan permukaan atas roti dgn sedikit gula perang lembut dan almond flakes kemudian masukkan dlm ketuhar.

12

Bakarkan bread pudding di atas rack ketiga = paling jauh dgn api atas tp dekat dgn api bawah. Jangan letak di plate hitam yang paling bawah sekali ya!

13

Bakar selama 30-35 minit & sedia utk dihidang!

14

Seharusnya enak dinikmati dengan sos custard. Resipi sos custard simple ade dalam buku resipi saya bertajuk Cerita Rasa bersama dengan 40 resipi lain!