Back to Recipe Print

Recipe for "Kebab Ayam Special"


Tips

Anda juga boleh tambahkan perahan limau kasturi sekiranya anda gemar sedikit rasa yang masam.

Ingredients

Roti Pita 2 keping
Ayam 200 g
Salad 4 helai
Lobak Merah 1 biji
Gula 1sdb
Garam 1sdt
Sos Cili 4 sdb
Mayonis 1/2 cawan
Marjerin 3 sdb
Lada Hitam 2 sdt
Bawang Merah 4 biji
Timun 1/2 biji
Tomato Ceri 10 biji
Cili Hidup 3 biji

Instructions

1

Tumis bawang merah hingga naik aroma. Goreng ayam yang telah dipotong kecil sehingga masak. Tambahkan gula, garam, serta lada hitam.

2

Tuang bahan ke dalam sebuah bekas lain. Tambahkan mayonis dan sos cili. Gaul hingga sebati.

3

Gaulkan lobak merah, timun dan cili yang telah diparut serta hirisan tomato ceri ke dalam ayam. Gaul agar semua bahan bercampur rata.

4

Potong roti pita kepada 2 bahagian. Sapu marjerin dibahagian luar dan dalam. Panaskan di atas kuala leper.

5

Alaskan roti pita menggunakan salad, masukkan inti. Sedia untuk dihidang!