Back to Recipe Print

Recipe for "Soto Ayam"


Tips

resipi ini tidak menggunakan rempah sup, kalau anda nak guna pon boleh juga.

jika mahu tambahkan bergedil dan taugeh.

Ingredients

Ayam 1/2 ekor
Nasi Impit Segera Yang Telah Direbus 12 paket kecil
Rempah 4 Sekawan 1 set
Bawang Merah 3 biji
Bawang Putih 6 biji
Halia 10 inci
Serai 2 batang
Sup Bunjut 1 bunjut
Sambal Kicap Secukupnya
Suhun Yang Telah Digoreng Secukupnya
Minyak Secukupnya
Air Secukupnya
Daun Sup Secukupnya
Bawang Goreng Secukupnya
Garam Secukup rasa
Kunyit Sedikit

Instructions

1

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan 1 batang serai hingga hancur

2

Tumis hingga naik bau bersama rempah 4 sekawan. masukkan serai yang diketuk dan sup bunjut

3

Masukkan air bersama ayam dan didihkan hingga ayam empuk

4

Perasakan dengan garam dan kuah siap

5

Keluarkan ayam, lumur dengan sedikit garam dan kunyit. goreng sebentar dan siat2 kan

6

Hidangkan nasi impit bersama kuah soto, ayam yang telah dicarik, suhun goreng, sambal kicap, daun sup dan daun bawang. selamat mencuba!