Back to Recipe Print

Recipe for "Tiramisu Mesti Cuba"


Tips

Masa celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskutnya lembik dan hancur di dalam nescafe. Celup terus keluarkan.

Taburan koko di atas tiramisu secukupnya sahaja. Kalau lebih-lebih nanti pahit pulak.

Ingredients

Biskut Lady Finger @ Tiramisu Secukupnya
Whipping Cream 250 ml
Cream Cheese 250 gram
Gula Castor 1/2 cawan
Serbuk Koko Secukupnya
Nescafe / Milo / Mocha (Mana-Mana Yang Berkenan) 1 sudu
Air Suam Secukupnya

Instructions

1

Sediakan mixer. Kalau tak ada boleh juga guna cara manual tapi kena gagah perkasa nak mukulnye. Campurkan whipping cream + cream cheese + gula castor

2

Putar dengan kelajuan paling perlahan dulu. Dah stabil tu, putar la laju-laju sampai kembang. Dah siap, ketepikan dulu

3

Bancuh nescafe/milo/mocha tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama kena celup terus keluarkan.

4

Cara paling selamat, susun terus biskut dalam bekas. Lepas tu percik-percikkan air nescafe tu sampai sebati. Kalau nak mudah gunalah bekas segi empat.

5

Dah siap percik-percik nescafe, letak adunan cream cheese tadi di atasnya.

6

Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese. Kira jadi dua lapis la gitu. Nak buat selapis pun bole, ikut bekas anda.

7

Oke dah siap. Ni lapisan paling atas. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko di atasnya.

8

Ni pandangan sisi. Aku memang saja je susun biskut tu rongak-rongak sebab nak kasi cream cheese tu memenuhi ruang yang kosong. Baru umpss dan meletops

9

Agak-agak cream cheese dah keras sikit bolehlah taburkan serbuk koko di atasnya. Disarankan gunalan penapis supaya serbuk koko tidak berketul

10

Dah siap.. Kalau tak moh makan lagi boleh buh balik dalam peti, kalau rasa dah tak menahan nak mencekik, bolehlah di makan terus.