Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Bakaq Teloq Meleleh"


Tips

*Hati2 semasa menyediakan telur separuh masak. Pastikan set time betul2. Kalau tak telur akan masak atau suku masak.
*Gunakan serbuk lada putih Aji Shio, mungkin lg sedap.
*Titiskan seasoning maggi bersama kicap sekiranya mahu. Mungkin lagi sedap.

Ingredients

Roti Benggali 1 hiris dr 1 buku
Telur Ayam (Gred C) 2 biji
Margerin/butter/planta/minyak 1 sudu besar
Mayonis Secukupnya
Kicap Kipas Udang Secukupnya
Serbuk Lada Putih (Motokar) Secukupnya

Instructions

1

Didihkan air dalam periuk. Paras air mestilah meneggelami telur. Biar sampai menggelegak, tutup api.

2

Masukkan kedua2 biji telur, satu persatu menggunakan sudu untuk mengelakkan telur pecah. Tutup & set time 4 minit (Kerana telur hanya gred C)

3

Cukup 4 minit, angkat & masukkan dlm air paip untuk mengelakkan telur masak akibat suhu panas.

4

Panaskan non stick pan, masukkan margerin. Bakar roti benggali hingga garing kedua2 belah. Angkat.

5

Pecahkan 2 biji telur td, letakkan telur di atas roti & ratakan dgn sudu. Menggunakan botol nozzle paipkan mayonis menutupi telur.

6

Tuang kicap, renjiskan serbuk lada putih. Deco kan dengan daun pudina. Sedia dihidang! :)