Back to Recipe Print

Recipe for "Light Chocolate Cheddar Cheese Cake"


Tips

1. untuk menghasilkan tekstur cheese kek masak sekata .. bakar hanya menggunakan api bawah sahaja. pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu

2. boleh menggunakan filling yang lain seperti strawberi atau kiwi

3. susu coklat boleh digantikan dengan susu segar

4. sejukkan semalaman sebelum dipotong

Ingredients

Susu Coklat 300ml
Keju Kraft 6 keping
Telur Gred A 3 biji
Gula Halus 100gm
*tepung Gandum 60gm
*serbuk Koko 50gm
Esen Vanila 1 sudu teh
Marjerin / Butter 110gm
Blueberry Filling Secukupnya
Krim Tartar 1/8 sudu teh
Bahan-Bahan Yang Bertanda * Diayak

Instructions

1

Masukkan susu dengan cheddar cheese yang telah dipotong kasar dalam satu mangkuk untuk buat double boiler

2

Cairkan kepingan keju secara double boiler.setelah keju cair,masukkan mentega ke dalam adunan keju,,kacau sehingga sebati dan tiada ketulan

3

Kuning telur dan putih telur diasingkan dalam bekas berlainan. untuk kuning telur, letak satu sudu besar gula halus

4

Pukul kuning telur dengan gula halus sehingga berbuih dan warna agak kekuningan

5

Masukkan adunan cheese ke dalam mangkuk yang berisi kuning telur dan kacau hingga sebati

6

Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan cheese dan kacau sehingga sebati.masukkan esen vanila .ketepikan

7

Putar putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar dan putar lagi sambil diselangseli dengan lebihan gula halus tadi sehingga kaku..

8

Ambil 1/4 dari meringue dan kaup balik secara perlahan ke dalam adunan cheese. ambil lagi 2/3 dari meringue dan kaup balik sehingga sebati

9

Tuangkan secara perlahan ke dalam loyang 8" yang telah dialas dengan baking paper.paipkan blueberry filling secara menyerong ke atasnya

10

Bakar secara kaedah bain marie (masukkan loyang lain kedalam loyang berisi air panas) selama 1 jam 20 minit dengan api bawah sahaja dengan suhu 150 C

11

Selepas bakar, tinggalkan di dalam oven, bila dah nampak oven mengeluarkan wap, buka pintu oven sikit dan biarkan sehingga suam-suam kuku

12

Baru boleh keluarkan dari loyang sebelum disejukkan