Back to Recipe Print

Recipe for "Potato Masala"


Tips

1. ubi kentang jangan terlebih empuk semasa rebus

Ingredients

Ubi Kentang 5- 6 biji
Bawang Besar Sederhana 1 labu didadu
Tomato 2 biji sederhana besar dicincang
Halia 1/2 inci dicincang halus
Serbuk Lada 1 sudu teh
Serbuk Ketumbar 1.5 sudu teh
Serbuk Kunyit 1/2 sudu teh
Serbuk Garam Masala @ Kari Ikan 1 sudu teh
Serbuk Jintan Manis @jintan Putih 1 sudu teh
Bawang Putih 5 - 6 ulas dicincang halus
Daun Kari 1 tangkai
Lada Kering 1 tangkai dipotong serong
Bahan Untuk Menumis
Minyak Secukupnya
Biji Sawi 1 sudu teh
Jintan Putih 1 sudu teh

Instructions

1

Ubi kentang direbus sehingga empuk dan bila dah sejuk kupas kulit potong dadu besar sikit

2

Panaskan minyak, masukkan bahan bahan penumis ..tumis sehingga wangi.masukkan daun kari dan lada kering yang telah dikerat tumis lagi hingga wangi.

3

Bila dah nampak lutsinar tu terus masukkan bawang besar,tumis hingga wangi sikit

4

Masukkan halia dan bawang putih yang dicincang halus .. Tumis lagi sehingga wangi.

5

Masukkan tomato yang dah dicincang kasar ,,kacau sebati dan bagi biar hancue sikit tomato tu.. ..tumis lagi sehingga hampir masak tomato tu.

6

Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan serbuk garam masala atau kari ikan..

7

Kacau sehingga sebati sehingga naik minyak. tambah air sikit tak nak
pes tu kering sangat ..masukkan garam dan gula boleh dah masa ni

8

Kacau dan terus masukkan ubi kentang yang dah dipotong tadi..kacau sehingga kesemua ubi kentang bergaul rata dengan pes..

9

Siap dan boleh dihidangkan.