Back to Recipe Print

Recipe for "Fried Tang Hoon"


Tips

Tambahkan sedikit minyak bijan untuk rasa oriental. Sekiranya suhun melekat2, tambahkan sedikit minyak ketika menggaul.

Ingredients

Suhun 1 pek - rendam
Fish Cake 1 btg - hiris
Sawi Secukupnya
Cendawan Butang Kering 2 biji - rendam air panas
Telur 1 biji - pukul
Garam Secukup rasa
Sos Tiram 1 sudu
Air Sedikit sahaja
Minyak Masak Untuk menumis
Kimchi Optional
Kisar
Bawang Putih 1 ulas
Bawang Kecil 2 biji
Ikan Bilis Segenggam

Instructions

1

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

2

Masukkan hirisan cendawan kering, fishcake, sawi dan sos tiram. Bila sudah masak, masukkan telur.

3

Masukkan suhun, tambahkan sedikit air untuk melembutkannya. Kacau sebati. Masak sehingga suhun cukup lembut.

4

Perasakan dengan garam dan hidang dengan sedikit kimchi.