Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Gebu Ala-Ala Big Apple"


Tips

Masa campurkan adunan yis dan tepung tu, masukkan air sedikit demi sedikit. Bila agak2 cukup lembut, tak perlu habiskan air tu pun...tak apa.

Ingredients

Tepung Gandum 3 cawan
Air Suam 1 cawan
Mentega 2 sudu besar
Gula 5-6 sudu besar
Susu Pekat Manis 3 sudu besar
Telur 1 biji telur
Yis Mauripan 1 peket
Choc Masakan Secukupnya
Badam Hancur/ Manik Warna Warni/oreo Crush Secukupnya
Gula Halus Secukupnya

Instructions

1

Cairkan mentega dan biarkan ia sejuk. Sementara itu, larutkan gula dan susu dalam air suam tadi.

2

Masukkan yis ke dalam bancuhan susu dan gula tadi. Biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, bancuhan yis ni akan jadi berbuih mcm dalam gambar tu.

3

Masukkan mentega yg dah dicairkan tadi ke dalam bancuhan yis.

4

Akhir sekali, campurkan campuran yis dan lain-lain bahan tu ke dalam tepung. Gaul hingga rata & sebati. Bancuhan memang agak melekit & lembik.

5

Rehatkan adunan selama 45 minit. Selepas 45 minit, bancuhan tu boleh la dibentukkan. Sekiranya sukar dibentukkan, boleh la campurkan sedikit tepung.

6

Lepas dah siap dibentukkan (saya buat bentuk bulat, acuan donut biasa pun boleh), panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

7

Untuk hiasan pula, cairkan choc masakan secara 'double boiler'. Optional kalau tak nak guna choc, just salutkan donut tadi dengan gula halus.

8

Bila dah siap masak, sejukkan dahulu barulah boleh dihiaskan. Celupkan bahagian atas donut ke dalam choc masakan and taburkan hiasan atasnya.