Agar-Agar | 1 peket |
Air | 5 gelas |
Gula | 4 cawan |
Telur | 3 biji |
Tepung Kastard | 4 sudu besar |
Susu Cair | 2 gelas |
Serbuk Koko | 1 1/2 sudu besar |
Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar tu hancur. Than tapiskan supaya tak berketul-ketul.
Pukul gula dengan telur sehingga kembang. Selepas itu, masukkan tepung kastard and pukul lagi. Masukkan bancuhan itu ke dalam agar-agar tadi.
Masak dengan api yang perlahan. Masukkan pula susu cair ke dalam bancuhan. Kacau bancuhan itu sehingga masak dan pekat.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko.
Tuangkan ke dalam bekas acuan secara berselang seli sehingga habis. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.