Back to Recipe Print

Recipe for "Mushroom Soup Ala Pizza Hut"


Tips

Rendam cendawan shitake jangan terlalu lama.
Sebelum masukkan garam, sup hendaklah terlebih dahulu dirasa kerana mungkin telah masin.

Ingredients

Cendawan Shitake 1 paket
Bawang Merah (Mayang) 3 biji
Bawang Putih (Mayang) 4 ulas
Susu Cair 1 tin
Air 1/2 tin
Stok Ayam 1/2 sudu besar
Serbuk Perasa 1/3 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu besar
Tepung Jagung 2 sudu besar
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Basuh dan cuci cendawan shitake serta hiris nipis.

2

Sediakan periuk, tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.

3

Kemudian, masukkan cendawan yang telah dihiris nipis. Goreng cendawan selama 4 minit.

4

Masukkan air dan susu cair. Kacau sehingga mendidih dengan api sederhana.

5

Tutup api dan sejukkan seketika.

6

Blend sup yang disejukkan tadi dan didihkan semula di atas dapur.

7

Masukkan serbuk perasa, stok ayam, serbuk lada hitam dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

8

Kacau sehingga mendidih dengan api perlahan.

9

Masukkan garam secukup rasa.
Siap!