Back to Recipe Print

Recipe for "Lava Cake"


Tips

untuk mendapatkan coklat yang cair di tengah. bakar selama 10 hingga 13 minit sahaja didalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. suhu 200'c

Ingredients

Mentega 5 sudu besar
Dark Coklat 100 gram
Telur 2 biji
Kuning Telur 1 biji
Gula 4 sudu besar
Tepung Gandum 3 sudu besar
Serbuk Koko 2 sudu kecil
Garam Secubit
Bekas Remedi @ Foil Cup 5 bekas atau ikut bancuhan

Instructions

1

Masukkan mentega dan kepingan coklat di dalam bekas yg kering. guna teknik double boiler untuk cairkan coklat.

2

Didalam bekas yang lain. campurkan semua telur dan gula dan kacau sehingga sebati.

3

Selepas coklat dicairkan tutup api dan campurkan ke dalam adunan telur dan gula tadi. kacau rata sehingga rata.

4

Campurkan dahulu tepung, serbuk koko dan garam di dalam bekas lain dan ayak untuk dapatkan tekstur yang halus.

5

Kemudian, campurkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi dan gaul menggunakan spatula sehingga rata kesemua bahan.

6

Tuangkan adunan ke dalam bekas yang disedikan. panaskan terlebih dahulu oven selama 10minit dengan suhu 200' .

7

Gunakan fungsi atas dan bawah bagi oven. kemudian, masukkan bekas yang berisi adunan tadi dan masak selama 10 hingga 13 minit sahaja. sedia dihidang.

8

Seeloknya makan ketika masih panas untuk dapatkan coklat yang cair didalam. boleh dipanaskan semula menggunakan microwave.