Kelapa ( Ambil Santannya Saja ) | 2 biji |
Bawang Merah | 10 biji |
Bawang Putih | 5 biji |
Lada Hitam | 1 sudu |
Halia | Setengah inci |
Asam Keping | 3 keping |
Garam | Secukup rasa |
Ikan Selayang | Sekilo |
Ikan selayang direbus dalam air, letak sedikit garam dan 3 keping asam keping.
Kemudian ambil isi ikan sahaja kisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia kemudian masukkan ke dalam periuk .
Masukkan santan. Tumbuk lada hitam dan masukkan ke dalam santan.
Ambil asam keping yang digunakan untuk merebus ikan tadi masukkan ke dalam periuk berisi santan tersebut.
Kemudian masak dalam api sederhana. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sentiasa dan masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan