Bahan Utama | |
Ayam | 400 gram |
Tumisan | |
Cili Api | 5-7biji |
Halia | Seketul (sebesar ibu jari) |
Bawang Merah | Satu biji |
Bawang Putih | 3-4 ulas |
Minyak | Sedikit |
Bahan Sampingan | |
Bunga Kubis | 100gram |
Lobak Merah | 1 batang |
Fish Balls | 10 biji |
Kiub Ayam | Seketul |
Hiasan | |
Daun Bawang | 5-7helai |
Bawang Goreng | 2-3 sudu besar |
Bahan Utama
Siang ayam dan buang bahagian kulitnya. Kemudian basuh bersih dan dipotong kecil. Letak kan di tepi dahulu sementara itu.
Bahan Sampingan
Ubi kentang dan bunga kubis di bersihkan dan dibuang kulit.
-ubi kentang di potong dadu
-bunga kubis juga di potong kecil
-lobak merah di bersihkan,dibuang kulit dan di potong menyerong
-Fish balls pula di bersihkan dan di belah kepada 2bahagian
Penyedian Sup
Bahan penumis :bawang merah, bawang putih dan halia di buang kulit kemudian di basuh bersih dan ditumbuk/ dikisar (jangan sampai hancur) bersama cili api
Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk sederhana besar. Kemudian, tumiskan bahan penumis sehingga garing dan naik bau.
seterus nye masukkan lebih kurang 700ml air bersih dan pecahkan kiub ayam tadi dan kacau sehingga sebati
Seterusnya masukkan bahan utama iaitu ayam yg telah dipotong dan sekali lagi tunggu sehingga sedikit mendidih. Biarkan ayam tadi masak sempurna terlebih dahulu.
Seterusnya masukkan pula bahan-bahan sampingan seperti lobak merah, bunga kubis dan kentang. kali ini biarkan sedikit lama sehingga ubi kentang tadi empuk. (fungsi kentang- memekatkan kuah sup)
akhir sekali, masukkan fish balls yg sudah di potong dan masukkan sedikit garam dan tunggu sampai mendidih.
Hiasan
Tuangkan kedalam mangkuk. Taburkan daun bawang yg dihiris dan jua bawang goreng sebagai hiasan dan juga menambahkan lagi kesedapan sup ayam anda.