Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Bilis "


Tips

boleh juga tambah sayuran seperti taugeh, kucai @ daun bawang.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Serbuk Kunyit Secukupnya
Garam & Gula Secukup rasa
Air Secukupnya
Bahan Kisar
Nasi Sejuk 1 cawan
Telur 1 biji
Jintan Manis 1 sudu kecil
Air 1 cawan
Ikan Bilis Segenggam
Jintan Putih 1 sudu kecil

Instructions

1

Satukan tepung, serbuk kunyit, garam & gula.

2

Kisar nasi, telur, jintan manis & jintan putih. Apabila halus baru masukkan ikan bilis & dikisar sebentar sahaja.

3

Tuang bahan kisar dalam tepung & kacau sebati. Tambah air sedikit demi sedikit. Adunan mestilah sedikit liat, tidak terlalu cair.

4

Biarkan adunan tepung pada suhj bilik selama 10-15min.

5

Panaskan minyak & jemputkan tepung. Apabila garing balikkan. Biar garing dan toskan minyak.

6

Sedap dicicah bersama sos cili.