Back to Recipe Print

Recipe for "Chicken Roulade"


Tips

Kobis tu ada bahagian tebal dibahagian bawah. Untuk memudahkan bagi menggulung kobis tersebut tanpa merosakkan gulungan, hiris buang dulu bahagian tebal tersebut.

Semasa merebus gulungan ayam tersebut, jangan rebus terlalu lama sehingga menyebabkan ayam terlebih masak dan kering.

Ingredients

Dada Ayam 1 keping
Tauhu 1 keping
Kobis Bulat (Ceraikan Satu Persatu) 3 keping
Bawang Besar (Mayang Halus) 1/2 biji
Bawang Putih (Mayang Halus) 2 ulas
Lada Besar Merah (Mayang Halus) 1 biji
Daun Sup (Hiris Halus) 3 batang
Daun Bawang (Hiris Halus) 3 helai
Lada Hitam Secukup rasa
Garam Halus Secukup rasa
Perasa (Knorr) Secukup rasa
Italian Herbs Secukup rasa
Minyak Zaitun 2 sudu makan
Jus Lemon 2 sudu makan

Instructions

1

Mula-mula, ceraikan kobis bulat satu persatu. Ambil lebih kurang 3 helai, cuci dan celur di dalam air mendidih.

2

Lebih kurang 3 minit, angkat kobis tersebut dan rendamkan di dalam air sejuk kemudian toskan. Letak kobis di tepi.

3

Kemudian ambil dada ayam dan ketuk sehingga nipis. Tabur secubit garam, lada hitam dan perasa di atas ayam dan ketepikan.

4

Ambil tauhu dan cincang halus. Kemudian gaulkan tauhu tadi bersama bawang besar, bawang putih, lada besar, daun bawang dan daun sup.

5

Masukkan garam, perasa dan serbuk lada hitam secukup rasa. Akhir sekali tambahkan jus lemon dalam campuran tersebut dan ketepikan.

6

Ambil plastic wrapper dan hamparkan. Ambil kobis yang telah dicelur dan letak atas plastic tersebut. Letak dada ayam yang telah diketuk di atas kobis.

7

Akhir sekali letakkan campuran tauhu di atas dada ayam dan gulung bahan-bahan tersebut dengan ketat. Ikat kedua-dua hujung gulungan dengan tali.

8

Masukkan gulungan ayam tersebut ke dalam air yang mendidih. Rebus selama 20 minit.

9

Selesai ayam direbus, angkat dan toskan. Buka plastic tersebut perlahan. Keluarkan ayam tersebut dan tabur sedikit garam, lada hitam & italian herbs.

10

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Goreng atau grill ayam di atas kuali supaya kulit diluarnya nampak cantik dan garing.

11

Bila gulungan ayam dah nampak warna keemasan, angkat dan hidangkan.