Back to Recipe Print

Recipe for "Bergedil Daging"


Tips

Selepas membentuk adunan bergedil, sejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk. Ini akan membantuk tekstur bergedil terbabit lebih utuh dan padat.

Jangan terus digoreng selepas membentuk bergedil,kerana kemungkinan besar bergedil anda akan lembik dan pecah ketika digoreng.

Kepada yang ada masalah angin jika terlalu banyak mengambil ubian, lebihkan sedikit serbuk lada hitam kerana ia akan membantu mengurangkan angin dalam badan.

Selamat mencuba

Ingredients

Ubi Kentang 500 gram
Daging Burger Ramly 3 keping
Daun Sup (Dihiris) 100 gram
Bawang Goreng 100 gram
Telur 2 biji
Garam 1 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 1 sudu sederhana
Minyak Untuk menggoreng

Instructions

Bahan Asas

1

Ubi kentang dibasuh bersih dan dibuang kulitnya. Di hiris sederhana tebal.Kemudian digoreng hingga masak dan dituskan minyak.

Daging burger ramly jua digoreng hingga masak dan dituskan minyak

2

Kemudian kedua bahan ini ditumpuk hancur mengguna lesung batu/penumbuk.

Bahan Adunan

1

Satukan daging dan kentang yang telah dihancurkan tadi.
Taburkan daun sup, serbuk lada hitam, garam dan bawang goreng.

Gaul sebati. Pastikan semasa menggaul bawang goreng yang ditabur hancur bersama adunan. Pastikan adunan betul-betulsebati agar boleh di bentuk menggunakan tangan.

2

Sebelum membentuk adunan bergedil, pastikan tangan anda betul-betul bersih atau boleh menggunakan glove plastik.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut saiz juga bentuk mengikut citarasa anda.

3

Setelah siap membentuk, simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu selama 2jam sebelum digoreng.

Bahan Goreng

1

Basuh telur terlebih dahulu.
Pecahkan ke dalam mangkuk dan kacau telur sehingga kembang.

Panaskan minyak ke dalam kuali.

Keluarkan bergedil dari peti sejuk.

2

Celupkan bergedil tadi terlebih dahulu ke dalam telur.

Apabila minyak sudah betul-betul panas, masukkan bergedil tadi.
Masak bergedil dengan api yg perlahan.

Kemudian, angkat dan tus kan.

Siap untuk di hidang.