Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Pelangi"


Tips

Semasa menuang lapisan puding, perlu tuang cepat sebab puding ni cepat beku

Ingredients

Roti Putih 4 keping
Telur 2 biji
Susu Pekat 1/2 cawan
Serbuk Agar-Agar 10g
Gula Halus 1/2 cawan
Butter-Dicairkan 2 sudu besar
Air 3 1/2 cawan air
Pewarna Pink, Hijau, Kuning Secukupnya
Susu Cair 170ml

Instructions

1

Didihkan 3 cawan air dalam periuk dan masukkan agar-agar dan gula

2

Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, dan baki air tadi( 1/2 cawan )

3

Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi

4

Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih lagi. Matikan api

5

Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan bubuh pewarna pink, kuning dan hijau.

6

Ambil sesenduk warna hijau dan tuang ditengah loyang/bekas. Ambil lagi sesenduk warna pink dan tuang atas adunan hijau dan begitulah seterusnya

7

Bila siap simpan dalam peti sejuk dan sejukkan selama 2 jam