Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Marble"


Tips

Semasa sendukkan puding, lakukan dgn cepat kerana puding cpt membeku.

Ingredients

Serbuk Agar2 10Gm 1 paket
Gula 1/2 cawan
Air 3 1/2 cawan
Roti Putih Gardenia 4 keping
Telur 2 biji
Susu Pekat 1/2 cawan
Susu Cair 170ml
Margerin Dicairkan 2 sudu besar
Pewarna Hijau & Unggu Beberapa titik

Instructions

1

Didihkan 3 cawan air & masukkan gula & serbuk agar2. Kacau hingga larut.

2

Kisar roti, telur, susu cair, susu pekat & 1/2 cawan air. Masukkan dalam agar2. Masukkan juga margerin dicairkan. Kacau sebati.

3

Apabila mendidih tutup api & bahagikan kpda 2 bahagian. 1 diwarna dgn warna hijau, 1 lg dgn warna ungu.

4

Dalam loyang sendukkan adunan hijau ditengah, sendukkan adunan ungu diatas adunan hijau. Ulang langkah ini hingga adunan habis.

5

Sejukkan pada suhu bilik & masukkan dalam peti sejuk. Hidang apabila puding sejuk.