Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Tamban Singgang Ganu Kita"


Tips

ikan tongkol boleh digunakan sebagai ganti dan enak di makan dengan nasi panas. untuk yg suka pedas boleh direneh cili padi td bersama nasi. Hasilnya..nyaman.. Selamat mencuba

Ingredients

Ikan Tamban 4 ekor
Bawang Putih 2 ulas
Kunyit 1cm
Asam Keping 3 keping
Belacan Secubit
Lengkuas 2cm
Cili Padi 5 tangkai

Instructions

1

Bersihkan ikan tamban. Kalau nk sedap pilih anak ikan tamban. Kalau ikan besar boleh potong 2.

2

Sementara sediakan bahan2, panaskan air dlm periuk anggaran separuh isi periuk. Kalau nk kuah banyak boleh tambah lagi air

3

A. bawang putih, lengkuas dan kunyit potong kepada beberapa bahagian

4

Kemudian masukkan kesemua bahan2 (bawang putih, lengkuas, kunyit, asam keping dan belacan) tadi ke dlm periuk berisi air yg panas kecuali cili padi.

5

Selepas bahan-bahan dah sebati dan bewarna kuning masukkan ikan dan cili padi. Perasakan dengan garam