Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Butterscoth"


Tips

jangan bakar roti terlalu lama kerana roti akan menjadi keras

Ingredients

1. Bahan-Bahan Untuk Roti
Tepung Roti 2 cawan
Yis 1/2 sudu besar
Garam 1/4 sudu kecil
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Gula Pasir 1 sudu besar
Plain Yogurt 1/4 cawan (suhu bilik)
Minyak Sun Flower 1/4 cawan
Air Suam 1/2 cawan
Almond Flakes Dan Pumpkin Seed Jika suka
Bahan-Bahan Untuk Sos Butterscoth
Gula Perang 1/2 cawan
Whipping Cream 1/2 cawan
Esen Vanila 1 sudu kecil
Butter 25 gram

Instructions

Cara-cara membuat roti

1

Larutkan yis dan gula dalam air suam. biarkan berbuih

2

Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung dan baking powder. kacau sebati, masukkan pula campuran yis dan yogurt dalam mangkuk adunan

3

Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit. uli doh dengan cara menyental. uli sehingga doh elastic. lagi lama uli. roti lagi gebu

4

Simpan doh ditempat tertutup dan sedikit panas selama 40 minit atau 2 kali ganda doh naik. setelah doh naik. tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5

Sapu tangan dengan minyak dan ambil doh buatkan bulat kecil dan susun didalam loyang pembakar. susun sehingga habis dan sapu permukaan dengan telur.

6

Anda boleh letakkan almond flakes di atas roti jika suka. biarkan doh naik 2 kali ganda lagi.

7

Sementara doh naik, panaskan oven 180'c. bakar selama 20 minit atau masak. keluarkan dari oven

Cara-cara membuat sos butterscoth

1

Untuk buat sos butterscoth, cairkan butter dan masukkan gula perang. kacau hingga berbuih. tuang whipping cream perlahan-lahan dan kacau

2

Masukkan esen vanila dan kacau hingga pekat. tutup api dan letakkan di atas roti yang sudah di masak tadi, selamat mencuba