Back to Recipe Print

Recipe for "Butter Prawn Yummy "


Tips

Untuk sarang telur, tuangkan telur sedikit tinggi supaya telur yang jatuh tu halusss je.

Ingredients

Udang 200 -300 gram
Telur Kuning 2 biji
Mentega/ Butter 2 sudu besar
Bawang Putih (Dimayang 3 ulas
Susu Cair/ Susu Fresh 1/2 cawan
Daun Kari 1-2 tangkai
Cili Padi 2 biji
Garam Secukup rasa

Instructions

Sarang telur

1

Pukul ringan kuning telur.

2

Panaskan butter bersama minyak masak.

3

Gunakan senduk bulat, pusingkan minyak dgn senduk laju-laju membuat bulatan sehala tnpa henti.

4

Tuangkan telur. Pusing terus sehingga telur masak keemasan.

5

Angkat dan toskan di atas tisu dapur yg kering dan diketepikan dahulu.

Udang

1

Udang digaul dengan sedikit garam. Goreng sehingga agk berubah warna dan masak.

2

Angkat dan toskan minyak. Keluarkan minyak dri kuali. Tak nak guna lagi.

Langkah seterusnya

1

Panaskan butter/margerin di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing & naik bau.

2

Masukkan susu cair/ fresh milk. Biarkan masak sebentar.

3

Masukkan udang yg digoreng tadi, dan sedikit garam. (jgn terlalu bnyk garam kerana butter juga sudah mmpunyai rasa masin)

4

Angkat dan letakkan sarang telur di atas butter prawn anda. Siap!