Mangga Muda | 4 biji |
Asam Boi Putih | 20 biji |
Cili Padi Hiris Halus | 10 biji |
Limau Kasturi Hiris Nipis | 1 biji |
Gula | 1 cawan |
Kupas mangga,buang sabut tengahnya dan biji.Kemudian hiris nipis.Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan asam boi.Dan limau kasturi.Masukkan sahaja tanpa perah.
Simpan dalam peti ais selama 4 ke 5 jam sebelum dinikmati