Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Goreng Kunyit Bersayur"


Tips

Menu ini untuk kanak-kanak. Jadi saya kurangkan penggunaan cili api dan ganti dengan lada besar. Jika untuk orang dewasa yang ingin kan pedas boleh lah gantikan dengan cili api atau cili burung.

Selamat mencuba

Ingredients

Isi Ayam 500 gram
Lobak Merah 1 batang
Kacang Panjang 100 gram
Bawang Merah 1biji
Bawang Putih 3 ulas
Lada Besar 1 biji
Minyak Untuk menggoreng
Kunyit Serbuk 2 sudu besar
Garam 1 sudu besar

Instructions

Ayam Goreng

1

Isi ayam dibersihkan dan di potong dadu.

Kemudian gaul kan isi ayam denyan kunyit serbuk dan sedikit garam.

2

Panaskan minyak, dan goreng isi ayam tadi sehingga masak garing.

Setelah masak sempurna, tos kan ayam goreng tadi dan letak di tepi

Ayam goreng kunyit Bersayur

1

Bawang putih, bawang merahdan lada besar di bersih kan dan dihiris halus.

Lobak merah dan kacang pancang di bersihkan dan di potong jejari.

2

Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, dan lada merah tadi sehingga kekuningan dan naik bau.

kemudian masuk kan lobak merah dan kacang panjang. Gaul sebati

3

Akhir sekali, masuk kan ayam goreng dan tabur kan sedikit garam (jangan terlalu banyak kerana ayam telah masin). Gaulkan.

Siap untuk dihidang.