Back to Recipe Print

Recipe for "Nutella Ice Cheezy Kat"


Tips

Nak bake kek ta semestinya guna microwave or oven ja, guna pemanggang pun boleh, tp otak kena pantas pikir. Jangan malas sangat, tapi makan nak. Hahahaha

Ingredients

Cream Cheese 1kg
Gula Kastor 1 mangkuk
Telur 7 biji
Esen Vanila 1 sudu teh
Nutella 5 sudu besar
Ais Krim Walls Oreo Cip 1 scoop
Coklat Kitkat 1 batang

Instructions

1

Biarkan cream cheese dalam mangkuk seketika sebelum mula mengacau. Bila cream cheese sudah agak lembut sedikit, kacau seketika.

2

Masukkan gula kastor sikit demi sedikit dan kacau hingga sebati(ikut tahap kemanisan mana yang mahu).

3

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau hingga kembang. Bila adunan sudah sebati, masukkan esen vanila. Kacau hingga rata.

4

Panaskan pemanggang seketika. Jangan lupa lekatkan pemanggang dengan aluminium foil dahulu jika anda menggunakan pemanggan ajaib.

5

Tuangkan adunan tadi kedalam pemanggang dan mula membakar.Bakar menggunakan api yang sederhana.

6

Setelah siap dibakar. Sapukan nutella ke atas kek tadi. Simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Siap dihidang bersama ais krim dan coklat kitkat.