Back to Recipe Print

Recipe for "Beef & Broccoli"


Tips

Brokoli hanya perlu dicelur sekejap kerana akan dicampurkan sekali semasa menggoreng daging.

Ingredients

Daging Batang Pinang -- Dihiris Nipis 300 gram
Brokoli -- Dipotong Ikut Bunganya Sepokok
Halia -- Dihiris Nipis 1 inchi
Bahan Perapan Daging
Kicap Cair 2 sudu besar
Cuka 1 sudu teh
Minyak Bijan 1/2 sudu teh
Serbuk Lada Putih 1 sudu teh
Tepung Jagung 1 sudu besar
Bahan Sos -- Disatukan Semua & Kacau Hingga Sebati
Kicap Cair 3 sudu besar
Sos Tiram 3 sudu besar
Minyak Bijan 1 sudu teh
Gula 1 sudu teh
Tepung Jagung 2 sudu teh
Air 6 sudu besar

Instructions

1

Perap daging dgn Bahan Perapan Daging. Perap selama 20 minit.

2

Brokoli dicelur dlm air mendidih yg telah dicampur sedikit garam & minyak. Celur dlm 2-3 minit, angkat & tos airnya. Ketepikan.

3

Panaskan sedikit minyak dlm kuali & goreng daging yg telah diperap tadi selama 3-4 minit. Biar daging 3/4 masak. Keluarkan daging & ketepikan.

4

Dlm kuali yg sama, tambah sedikit minyak & tumis halia yg telah dihiris hingga naik bau.

5

Kemudian, masukkan daging yg telah digoreng 3/4 masak tadi serta Bahan Sos.

6

Kacau selalu hingga daging masak. Kemudian masukkan brokoli yg telah dicelur tadi. Gaul rata.

7

Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Tunggu hingga kuah mendidih & sedia untuk dihidangkan.