Back to Recipe Print

Recipe for "Pasta Bolognese (Homemade Sauce)"


Tips

Susu akan memberikan rasa manis. Dan beef stok akan memberikan rasa masin.Oleh itu boleh pilih samada mahu letakkan gula/garam atau tidak bergantung pada citarasa masing-masing.

Ingredients

Pasta@ Spageti 350 g
Daging Cincang 400g
Tomato Puree 1 tin kecil
Susu Segar 200 ml
Air 400 ml
Bawang Holland 1 labu
Bawang Putih 2 ulas
Cendawan Butang 1 tin
Carrot 1 batang
Saleri 2 batang
Beef Stock 1 kiub
Garam Dan Gula 1 sudu kecil
Butter 1 sudu besar
Minyak Zaitun 2 sudu besar
Tomato Merah Masak 2 biji

Instructions

1

Bawang holland, bawang putih, saleri, carrot dan tomato dipotong dadu

2

Panaskan minyak zaitun dan masukkan butter. Apabila butter dh berbuih masukkan bawang holland dan bwg putih dan goreng hingga layu.

3

Masukkan daging cincang dan ketuk-ketuk agar saiz sekata dan biarkan daging empuk.

4

Masukkan susu segar dan kuatkan api dan biarkan susu mendidih. Biarkan sehingga semua susu diserap oleh daging.

5

Masukkan saleri , cendawan butang dan carrot.biarkan sayur empuk.

6

Masukkan tomato puree dan air.

7

Masukkan tomato yang didadu. Tekan-tekan tomato supaya hancur.

8

Akhir sekali masukkan kiub stok daging dan perasakan dengan garam dan gula.

9

Biarkan kuah menjadi pekat.

Pasta

1

Panaskan 2 liter air dan masukkan secubit garam.

2

Masukkan pasta dan beberapa titis minyak zaitun.

3

Angkat dan tos pasta apabila telah lembut.