Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kepala Ikan Versi Menantu India "


Tips

Untuk kari lebih kaw, masukkan sedikit rempah gulai ke dalam kari. Tumis bersama rempah kari ikan ;)


Ingredients

Kepala Ikan 1 ketul
Minyak Masak Untuk Menumis 2 sudu besar
Rempah Kari Ikan 2 sudu besar
Ciliboh 1 sudu besar
Bawang Merah (Besar) 1 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia 2 inci
Bawang Besar & Bawang Putih - Hiris 2 biji
Rempah 4 Beradik Secukupnya
Biji Sawi 1/2 sudu kecik
Daun Kari - 4 tangkai
Santan 1/2 biji kelapa
Air Asam Jawa 1/2 cawan
Bendi - Potong Hujung 6 biji
Tomato - Potong 4 2 biji
Lada Besar - Potong 2 3 biji
Garam & Serbuk Perasa Secukup rasa

Instructions

1

Cuci bersih kepala ikan. Ketepikan.
Kisar bwg besar, bwg putih & halia.
Panaskan minyak & tumis bahan kisar sampai sedikit garing & kekuningan.

2

Masukkan pula ciliboh bersama rempah kari yg sudah dibancuh dengan air & tumis sampai pecah minyak.

3

Sesudah rempah dah pecah minyak & masak, kita masukkan sedikit air & santan. Api kena perlahan & selalu kacau supaya santan tidak berketul.

4

Masukkan pula air asam jawa, garam & serbuk perasa. Jika nak boleh letakkan sedikit gula untuk balancekan rasanya.

5

Pada periuk yg lain, tumiskan bwg merah/putih yg telah dihiris bersama rempah kasar 4 beradik, daun kari & sedikit biji sawi.

6

Tumis sehingga layu & tuangkan pada kari tadi. Selepas itu masukkan kepala ikan, kacang bendi & tomato. Biarkan sehingga kari mendidih & masak.

7

Dah siap! ;)