Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Kicap Bersama Brokoli"


Tips

Jika nak sedikit berkuah, boleh dimasukkan sedikit air dalam suku cawan.
Resepi ini tidak perlu garam kerana kicap sememangnya masin

Ingredients

Telur 2 biji
Bawang Putih - Ketuk 1 ulas
Bawang Besar - Hiris 1 labu
Cili Api - Hiris 5 biji
Brokoli - Potong Kecil Secukupnya
Putik Jagung - Potong Serong 3 batang
Kicap Manis Secukupnya
Lada Sulah 1 sudu teh
Minyak Secukupnya

Instructions

1

Panaskan minyak
Goreng telur satu persatu
Terpulang nak keras atau cair
Angkat masukkan ke dalam mangkuk

2

Dengan menggunakan lebihan minyak menggoreng telur, masukkan bawang putih
Tumis hingga naik bau

3

Masukkan bawang besar dan cili
Masukkan putik jagung dan brokoli

4

Kacau sebentar
Masukkan kicap terpulang nak lebih atau sedikit sahaja
Teburkan lada sulah

5

Kacau sebentar
Curahkan keatas telur
Siap